Saturday, December 7, 2013

SENI DALAM PENDIDIKAN (SPK2102)




          Menurut kamus dewan seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala seni  membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.
          Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.
          Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981), pemikir Islam iaitu Imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.
Mengikut Ibn. Khaldun "seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika".
          Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D. Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan.
Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah lukisan, catan, seni cetak dan arca.


Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi.


Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi kreativiti dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan sensitiviti ( kebolehan untuk merasa dan menghayati ).

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibiliti, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.
Kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik. Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaan  membuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol. Selain itu, ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.
Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat (seni dan masyarakat ). Antara peranan SV :
Falsafah pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara. Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.
Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.Rumah rakit- Kuala Lipis.
SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia (1990).
 SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
SV  untuk   ketenangan,   kepuasan  dan  keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah  untuk  kepuasan  pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

Seni untuk perkembangan kanak-kanak adalah penting menurut sebuah artikel yang bertajuk “Kepentingan Seni Visual Dalam Perkembangan Kanak-Kanak” menyatakan bahawa terdapat 5 aspek dalam perkembangan kanak-kanak diantaranya ialah kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi, sosial dan emosi antara aspek penting dalam perkembangan seni untuk kanak-kanak. Selain itu, seni  pada kanak-kanak adalah salah satu medium terpenting dalam komunikasi.melalui karya yang dihasilkan melalui sudut psikologi dapat menilai emosi kanak-kanak tersebut. Seterusnya, melukis adalah salah satu cara untuk mencapai kepuasan diri bagi kanak-kanak dalam melepaskan emosi yang tersimpan di dalam diri mereka. Selanjutnya, melukis juga dapat meningkatkan daya penguasaan kendiri kanak-kanak tersebut atau lebih dikenali sebagai ‘self esteem’.
Selain itu , ruang yang selesa dan kondusif dapat mengawal emosi murid-murid dari perasaan bosan dan tertekan melakukan aktiviti seni. Ketika murid-murid sedang melakukan aktiviti seni mereka akan berasa lebih gembira dan berkeyakinan tinggi dalam melakukan karya mereka yang tersendiri. Melalui luahan yang ditunjukkan oleh setiap kanak-kanak di dalam hasil karya mereka dapat menunjukkan emosi sebenar mereka. Kanak-kanak merupakan antara umur yang mudah untuk terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Kehidupan di rumah banyak mempengaruhi emosi dan juga psikologi dalam perwatakan kanak-kanak. Disebabkan inilah kebanyakkan kanak-kanak lebih gemar meluahkan perasaan mereka dalam hasil kerja seni mereka.
Melalui seni juga, dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan. Terutama ketika melukis dalam seni visual, jika emosinya stabil lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Begitu juga jika dalam permainan muzik, cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. jika kuat pukulan alat muzik memungkinkan terdapat gangguan emosi tetapi jika pukulan stabil, besar kemungkinan emosinya baik.







Artikel “Psikologi dalam pendidikan seni visual kanak-kanak”http://tiejay.tripod.com/psikologi.htm

Artikel “Perkembangan Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak” http://inspirasiku11.blogspot.com/2011/06/perkembangan-kreativiti-dan.html


Artikel “Kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual”

Bok Kai Wa, Ibrahim Syed. (1998). Pendidikan Seni SPM. Kuala Lumpur:  
Eastview  Publication Sdn. Bhd.

Elsie Tan. (2001). Pendidikan Seni KBSM. Seri Kembangan, Selangor: Cemerlang Publication Pelangi Sdn. Bhd.

Kathleen Chee. (2001). Fokus Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Penerbitan Pelangi.


No comments: