1 Pengenalan LINUS
LINUS
ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy
Screening. LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk
memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan
numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah. LINUS disasarkan
kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira
1.1 Literasi ( literacy ) :
Literasi
ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat
yang mudah dan kompleks dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan
itu dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Program Literasi murid berupaya:
i.
Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii.
membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii.
membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah
dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.
1.2 Numerasi ( Numeracy ) :
Numerasi
ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor
sehingga 1,000, menjadi cekap dalam operasi matematik seperti menambah, menolak,
mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa
dan ukuran panjang. Program Numerasi murid berupaya:
i.
Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii.
membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula
daripada sebarang nombor;
iii.
menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv.
mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan
waktu, ukuran dan sukatan.
1.3 LATAR BELAKANG
Y.A.B
Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah
membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRA’s)]
Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.
2.
Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key
Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas
mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
3.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui
projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu,
satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I)
yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada
program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis
(KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.
4.
Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah
pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian
deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina.
2 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS
Bagi
mencapai sasaran ini, pihak kami telah memperkenalkan program Literasi dan
Numerasi (LINUS) bagi memastikan semua pelajar menguasai kemahiran literasi dan
numerasi asas dalam Bahasa Malaysia. Fokus utama dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran literasi dan numerasi pelajar, dan dihuraikan seperti berikut:
1.
Proses saringan: Saringan pelajar dilakukan tiga kali setahun pada bulan Mac,
Jun dan September setiap tahun sehingga Tahun 3, bagi mengenalpasti pelajar
yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Pelajar yang tidak mencapai sesuatu
tahap tersebut akan dikenalpasti sama ada perlu mengikuti program LINUS atau
program Pendidikan Khas.
2.
Modul pengajaran dan pembelajaran: Modul baru pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran literasi dan numerasi bagi pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 3 sedang
dibangunkan. Modul ini berbeza daripada modul pemulihan sebelumnya, kerana
modul sedia ada hanya memberi tumpuan penguasaan kemahiran literasi atau modul
pemulihan untuk pelajar Tahun 4 sehingga Tahun 6. Selain itu, modul ini akan
diberi penambahbaikan berdasarkan susunan konsep daripada paling mudah ke sukar
difahami di samping memberi penekanan aplikasi konsep yang dipelajari.
3.
Latihan guru: Menyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran literasi dan
numerasi asas, latihan guru secara intensif akan dimulakan supaya mereka boleh
menyampaikan modul pembelajaran dengan berkesan. Mulai November 2009 hingga
Februari 2010, seramai 17,000 guru akan dilatih.
4.
Meningkatkan komitmen pihak berkepentingan: Program kesedaran akan diadakan
kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan
Guru Besar, ibu bapa, kesatuan-kesatuan guru dan masyarakat bermula Disember
2009 sehingga Januari 2010. Tujuan program ini adalah bagi meningkat kefahaman
semua pihak mengenai kepentingan program LINUS dan untuk mendapat sokongan.
5.
Memantau dan menyelia: Pemantauan dan penyeliaan secara intensif oleh pegawai di
Pejabat Pelajaran Daerah dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan dijalankan
ke atas 10% sekolah-sekolah berprestasi rendah . Laporan keputusan pemantauan
akan dihasilkan dua kali mulai tahun 2010, bagi memantau kemajuan pelajar yang
mengikuti program tersebut.
6.
Fasilitator di Pejabat Pelajaran Daerah: Jawatan fasilitator khusus untuk
membantu guru yang mengajar literasi dan numerasi di sekolah akan diwujudkan di
Pejabat Pelajaran Daerah. Selain menjalankan ‘coaching and mentoring’ ke atas
guru program LINUS, mereka juga akan membantu sekolah merancang strategi yang
sesuai berdasarkan keputusan ujian saringan yang dijalankan di sekolah serta
berperanan sebagai pegawai antara sekolah, PPD, JPN dan MOE
2.1 Sasaran murid Linus
Kumpulan
sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan
numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah
Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah
Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas
(Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
2.2 Ciri-ciri murid Linus
- · pencapaian pelajaran/akademik berbeza
- · pendiam
- · tidak aktif
- · banyak cakap
- · sukar menerima arahan
- · tidak dapat berkomunikasi seperti murid biasa
- · menyebut huruf yang tidak tepat/bertukartukar
- · meninggalkan huruf/suku kata/perkataan semasa
- · membaca/menulis
- · tulisan terlalu buruk
- · kekerapan kesalahan dalam ejaan/tanda bacaan
- · huruf terbalik
3 MATLAMAT
Matlamat
program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I sekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012
kecuali murid berkeperluan khas.
Instrumen
Saringan
Proses
Saringan: Saringan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun
dan September bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai
standard yang berkaitan. Murid tersebut akan mengikuti Program LINUS atau
Program Pendidikan Khas.
Lembaga
peperiksaan (LP) telah bertanggungjawab untuk menghasilkan instrumen saringan.
Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenalpasti murid
LINUS sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.
Instrumen saringan ini direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan
numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh KPM.
4 Rumusan
Linus
adalah satu program yang telah di wujudkan bagi tidak menyisihkan pelajar yang
tidak menguasi pembelajaran asas literasi dan numerasi. Program ini juga telah
meningkatkan peratusan rakyat Malaysia yang celik huruf dan seterusnya akan
menyumbangkan kepada sebuah masyarakat yang berpendidikan.
Kepentingan
linus ini adalah bertujuan untuk memastikan pelajar yang ketinggalan tidak
terus ketinggalan malah ada lagi harapan bagi mereka untuk berjaya sekiranya
meraka dapat menguasi asas-asas leterasi dan numerasi ini. Keberkesanan program
ini telah pun di ketahui pada tahun 2011 dengan peratusan 90% murid di Negara Malaysia kini telah menguasai
bacaan sebelum tamaatnya sekolah rendah berbanding dengan sebelum wujudnya program
linus ini iaitu 40% murid di Negara Malaysia ini tidak berjaya menguasai asas-asas
leterasi dan numerasi ini. Kementerian pendidikan meletakkan target sebanyak
95% dan kini ia kian mencapai targetnya.
1 comment:
tc115 vejastockholm,danner sko,tenisvejaargentina,Muck boot ireland,inov trail,muck boots sale,clarks ワラビー,vionic shoes,ecco lt id223
Post a Comment