Saturday, December 7, 2013

Falsafah Pendidikan Guru




Saya sebagai guru haruslah memahami dan menerapkan falsafah pendidikan guru dalam kerjaya dan amalan di sekolah. Diantara usaha-usaha yang saya lakukan untuk menjayakan elemen-elemen FPG dalam kerjaya dan amalan saya di sekolah adalah seperti berikut:
Sebagai guru DPLI-SR JQAF saya mestilah mempunyai pekerti mulia. Diantara sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral.
Sekiranya seorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap misalnya merokok dalam kawasan sekolah, sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik untuk pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang baru meningkat dewasa mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Olehitu saya banyak membaca buku cara dan tips bagaimana ingin menjadi guru yang baik, bekerti mulia dan berdisiplin.
Dalam berpandangan progresif dan saintifik ini pula saya perlu banyak membaca dan berlatih untuk mampu menggunakan alatan berteknologi sehingga dapat membantu saya dalam menyediakan set induksi dan suasana pembelajaran yang berkesan kepada murid saya. Tidak cukup dengan itu sahaja saya juga perlu menyediakan satu suasa pembelajaran yang akan memupuk murid-murid kearah pemikiran yang progresif dan saintifik yang mampu melahirkan suasana murid-murid yang aktif serta mempunyai kebolehan untuk belajar dengan sendiri walaupun ketiadaan guru. Ini sangat penting bagi pelajar kerana ia dapat membantu murid menyelesaikan kerja rumah atau pun tugasan yang telah diberikan dengan baik serta tepat.
Saya sering kali menyebut  “anda adalah masa depan Negara kita” dan menasihati supaya belajar rajin-rajin dan sentiasa bersedia menjunjung aspirasi Negara. Negara kita sekarang ini sedang meningkatkan mutu dan gaya hidup masyarakat diantaranya ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beragama , berdisiplin , Berjaya dalam bidang sukan , mempunyai bilangan orang yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan sebagainya. Semua ini seharusnya bermula dari sekolah rendah.
Disini dapat difahami bahawa guru adalah agen yang memupuk sifat cintakan dan menyanjung warisan budaya Negara seperti , pakaian , adat , seni halus dan sebagainya. Untuk menyemarakkan lagi semangat ini  guru perlulah mengadakan aktiviti serta program dan kata-kata yang mendorong kepada murid-murid. Alhamdulillah dalam mengamalkan sifat sebagai agen ini saya tidak mengalami masalah kerana murid-murid semamangnya sudah suka dan berminat dengan program warisan kebudayaan ini diantaranya ialah seperti dikir barat.


Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru juga perlu berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan Guru hendaklah menekankan unsur bersatu padu dalam segala kegiatan yang dikendalikannya dan cuba memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah menuju ke arah perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosidan jasmani. Guru hendaklah memberi peluang kepada murid-murid untuk melaksanakan serta membuat keputusan dalam pemilihan ketua murid, pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa. Dalam pengajaran guru, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan hendaklah ditekankan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta.kedua ialah Sifat-sifat ini adalah secocok dengan hasrat memperkembangkan anggota-anggota masyarakat yang berpandangan futuristik dan progresif.

Guru hendaklah menitik beratkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bertimbang rasa, tolong-menolong, prihatin dan bekerjasama di kalangan murid-muridnya. Amalan ini akan membolehkan murid-murid membesar menjadi ahli masyarakat yang bersifat penyanyang dan berdisiplin







Transformasi
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan  Dasar Pendidikan Kebangsaan.  KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik.  Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.




Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.


Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan  amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.
Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:
    pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
    pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
    pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi  Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

Demi menjamin pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah  ( KSSR ) ini beberapa strategi telah di rangka untuk menjamin kelancaran serta memastikan impikasinya memberikan kesan yang terbaik dalam pendidikan.

1.      Menyediakan  infrastruktur  dan  kemudahan  pendidikan  rendah  selaras dengan keperluan Dasar Pendidikan Wajib pada peringkat rendah.

2.      Meningkatkan penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran sosial dan kemahiran asas komputer.

3.      Meningkatkan  kapasiti  kepimpinan  instruksional  barisan  pengurusan sekolah.

4.      Menyediakan  bantuan  persekolahan  dan  pemantauan  berterusan  untuk memastikan tiada murid tercicir daripada mendapat pendidikan wajib pada peringkat rendah.

5.      Meningkatkan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi murid sebelum memasuki tahap dua sekolah rendah.

6.      Mengkaji  keperluan  penambahbaikan  norma  perjawatan  guru  dengan enrolmen dari semasa ke semasa.

7.      Menambah baik latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan yang bersesuaian dengan perkembangan pendidikan.

8.      Menambah baik infrastruktur, peralatan dan saiz kelas berdasarkan piawai pembangunan sekolah yang ditetapkan.

9.      Meningkatkan  program  integrasi  TMK  dalam  proses  pengajaran  dan pembelajaran  dengan  cara  memperluas  konsep  pembestarian  di  semua sekolah.

10.  Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dan rangkaian sekolah - jaringan murid di peringkat antarabangsa.

11.  Meningkatkan tahap keselamatan, kesihatan, keceriaan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

 Kurikulum baru dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.
 Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.
 Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.
 Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.
 Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.
 Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.
Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek.
 Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas merangkumi kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.
 Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana. Sungguh pun begitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap beberapa mata pelajaran aliran berkenaan (khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran) selaras dengan keperluan khas pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut diwajibkan mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL).
Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu menekankan akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) disediakan mata pelajaranAsas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan.
Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.




1.  Satu  sistem  dasar  akhlak,  adat  atau  tingkah  laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford,1994).
3.  Tanggungjawab  dan  akibat  tingkah  laku  seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkahlaku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada
Allah.
Semua  garis  panduan  yang  bertujuan  meningkatkan tahap  kualiti,  produktiviti  dan  disiplin  dalam
perkhidmatan  dengan  memberi  penekanan  terhadap semua  aspek  yang  berkaitan  dengan  peraturan  dan
peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

5.3.  Skop Etika Profesional

1.  Mencakupi  sebahagian  besar  kehidupan  ahli profesional  kecuali  hal-hal  yang  benar-benar  peribadi
seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
3.  Etika  Perguruan Bermaksud  satu  set  tingkah  laku atau  tanggungjawab  guru  terhadap  masyarakat  dan
negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Etika seseorang guru ialah:
a. Tanggungjawab terhadap Tuhan
b. Tanggungjawab terhadap Diri
c. Tanggungjawab terhadap Ilmu
d. Tanggungjawab terhadap Profesion
e. Tanggungjawab terhadap Pelajar
f. Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat
g. Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara
h. Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa


Mutakhir ini banyak isu berkaitan dengan profesdion keguruan, namun begitu diantara yang akan saya utarakan disini ialah isu tanggung jawab terhadap diri , banyak laporan akhbar menyiarkan tentang satu perwatakan guru yang tidak bertanggung jawab pada diri sendiri yang mana mereka terlibat dengan kes dadah.
Dengan ini satu Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975.- Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar. Telah dikeluarkan.pendedahan Bukit Aman yang mencatatkan 167 penjawat awam ditahan sepanjang enam bulan lalu, peningkatan 37 tangkapan berbanding hanya 130 kakitangan dalam tempoh sama tahun lalu.
Daripada jumlah itu, 39 penjawat awam adalah kakitangan Kementerian Pelajaran berbanding 34 tahun lalu dan 30 pada tahun 2005. Jumlah itu hanya membabitkan penahanan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan mengedar dan memiliki dadah, tidak termasuk sembilan guru ditahan mengikut Akta Pencegahan Dadah (APD) Walaupun statistik guru terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah disifatkan kes terpencil, ia tetap kesalahan serius kerana dadah musuh utama negara. Menurut laporan, seorang guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat, berusia 31 tahun, ditahan polis selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani hidup mewah dan bergaya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan memberi pengampunan kepada guru yang didapati bersalah menjalankan aktiviti pengedaran atau penagihan dadah kerana ia menjejaskan imej profesionalisme perguruan.
Katanya, dadah adalah musuh nombor satu negara kerana bahana daripada aktiviti itu boleh melumpuhkan masa depan generasi pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara. Masyarakat boleh terus hilang kepercayaan terhadap peranan dan kredibiliti jika mereka dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah.



Bagaimanapun, berdasarkan perangkaan, guru yang terbabit dalam kes pengedaran dadah adalah terlalu kecil serta dianggap kes terpencil jika dibandingkan 360,000 guru di seluruh negara.

Bagi PIBGN, pemimpin sekolah, khususnya pengetua dan guru besar perlu bijak menangani dan mengendalikan guru dengan memastikan mereka sentiasa berada pada landasan betul untuk terus meningkatkan martabat bidang perguruan.

Pada zaman ini, peranan pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah semakin mencabar dalam pelbagai aspek termasuk berdepan kebarangkalian terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah amat tinggi sekali.

Prof Mohamad Ali mencadangkan supaya guru terus dihentikan perkhidmatan sekiranya sah disabitkan kesalahan mengedar dadah kerana ia menjejaskan kewibawaan institusi pendidikan di negara ini.

Sebenarnya sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk memulakan kempen generasi ‘benci pada dadah’ kerana ia dihuni oleh murid seawal usia tujuh tahun sehinggalah ke peringkat menengah.

Sasaran negara untuk bebas daripada dadah menjelang 2015 seharusnya turut disahut oleh golongan pendidik di negara ini. Justeru, peranan guru amat besar untuk menanam dan memupuk kesedaran terhadap bahaya bahan itu kepada sistem kehidupan manusia.





·         Modul Teras Asas
·         Modul Teras Tema
·         Modul Elektif



Modul Teras Asas

Modul Teras Tema

Modul Elektif

§  Bahasa Malaysia
§  Bahasa Inggeris
§  Bahasa Cina SJK
§  Bahasa Tamil SJK
§  Matematik
§  Pendidikan Jasmani
§  Pendidikan Kesihatan
§  Pendidikan Islam
§  Pendidikan Moral


§  Dunia Sains dan Teknologi
§  Dunia Seni Visual
§  Dunia Muzik

§  Bahasa Arab
§  Bahasa Cina SK
§  Bahasa Tamil SK
§  Bahasa Iban
§  Bahasa Kadazandusun



·         Masalah Pembelajaran
·         Masalah Pendengaran
·         Masalah Penglihatan


Kemahiran menaakul menggalakkan penerokaan dan penjanaan idea baru serta
bersedia menghadapi risiko. Kemahiran menaakul membolehkan murid berfikir
dengan teliti dan fleksibel. Murid yang mempunyai kemahiran menaakul akan
memiliki ciri-ciri murid berikut:
1.      kritis, kreatif dan inovatif
2.      berani dan bijak menyoal
3.      ingin tahu
4.      daya berfikir sendiri dan fleksibel
5.      bekerjasama
6.      mengambil risiko
7.      berpandangan jauh
8.      membuat perbandingan




7.    Bahaskan kenyataan melabelkan keguruan sebagai kerjaya bukan profesionalisme dengan bukti-bukti yang relevan.

Kerjaya ditakrifkan oleh Kamus Oxford Bahasa Inggeris sebagai "kursus atau kemajuan melalui kehidupan (atau bahagian yang tertentu bagi kehidupan)" seseorang. Dalam definisi ini kerjaya difahami berkaitan dengan pelbagai aspek kehidupan, pembelajaran individu dan kerja. Kerjaya juga sering difahami hanya berkaitan dengan aspek-aspek kerja seorang individu contohnya kehidupan seperti dalam wanita kerjaya. Satu cara yang ketiga di mana kerjaya istilah yang digunakan untuk menggambarkan satu pekerjaan atau profesion yang biasanya melibatkan latihan khas atau pendidikan formal, [1] dan dianggap sebagai pekerjaan seumur hidup seseorang. [2] Dalam kes ini, "kerjaya" adalah dilihat sebagai satu urutan pekerjaan yang berkaitan biasanya dilaksanakan dalam industri tunggal atau sektor contohnya "kerjaya dalam undang-undang" atau "kerjaya dalam perdagangan bangunan".

Etimologi istilah yang berasal dari m. French perkataan Carriere (16 c.) ("Jalan, lumba"), yang mana pula, datang dari perkataan Latin "(melalui) cararia" (untuk mengesan kenderaan beroda) yang berasal dari perkataan Latin carrus "yang bermaksud" wagon "


Profesional adalah orang yang terlibat dalam aktiviti tertentu atau pekerjaan, untuk keuntungan atau pampasan sebagai cara kehidupan;. Seperti kerjaya yang kekal, bukan sebagai amatur atau hobi [1] [2] profesion tradisional menjadi doktor, jurutera, peguam, arkitek dan pegawai-pegawai tentera bertauliah. Hari ini, istilah ini digunakan untuk jururawat, akauntan, pendidik, saintis, pakar-pakar teknologi, pekerja sosial, artis, pustakawan (profesional maklumat) dan banyak lagi.

Istilah ini juga digunakan dalam sukan untuk membezakan pemain amatur dari orang-orang yang dibayar oleh "pemain bola sepak profesional" dan "pemain golf profesional". Banyak syarikat termasuk perkataan profesional dalam nama kedai mereka membayangkan kualiti mutu kerja atau perkhidmatan mereka.

Dalam sesetengah budaya, istilah ini digunakan sebagai singkatan untuk menggambarkan tertentu sosial Lapisan yang berpendidikan tinggi, pekerja bergaji yang menikmati autonomi kerja yang besar dan biasanya terlibat dalam kerja-kerja yang kreatif dan mencabar minda.

Oleh kerana sifat peribadi dan sulit banyak perkhidmatan profesional, dan dengan itu keperluan untuk meletakkan banyak amanah di dalamnya, yang paling profesional adalah tertakluk kepada kod yang ketat kelakuan mengabadikan kewajipan moral dan etika yang ketat.

Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri sepertikepentingan
kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kodetika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).

Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai :

  • Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ). 
  • Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut.
  • Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.
Dengan ini persoalan adakah perguruan satu kerjaya atau pun satu profesinonalisme dapat di huraikan. Ini adalah kerana beberapa faktor di bawah ini
Padal awalnya keguruan dianggap sebagai kerjaya ataupun di dalam istilah bahasa inggeris “profesion”. Ini adalah satu pekerjaan yang mempunyai kedudukan dan memeliki kesenangan dan mempunyai gaji yang setimpal dengan kerjanya. Tetapi keadan ini telah berubah bila kerjaya ini telah di berikan perhatian oleh kerajaan, ini adalah kerana ingin menjamin mutu kerja seorang guru dalam mendidik anak-anak bangsa.

7.5.  Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihanamali

dalam sesuatu tempoh masa yang panjang Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Gurujuga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh
murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripadalatihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh
masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat danpembimbing didalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.


Usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan progesion keguruan adalah seperti berikut:
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa .
Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru
hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabardan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998).
 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis danKreatif
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahandalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam
pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman,
perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dankemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara
bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi
maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat
telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah.Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996).
Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi(telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapkan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas.Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, gurudiharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.
Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.
Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilaimurni perlu
diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar
menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang
dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuahnegara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad HasanAbdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan UniversitiPutra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi



Dalam menyiapkan tugasan Falsafah dan etika guru ini banyak masalah telah di lalui diantaranya ialah dalam mencari bahan rujukan yang sesuai serta mendapatkan akses kepada matlumat-matlumat yang ingin di cari, oleh kerana itu bagi menyiapkan tugasan ini bahan rujukan di kumpul secara kolebratif di antara beberapa lagi rakan yang lain bagi menyenangkan kerja dan memudahkan urusan mendapatkan maklumat . Diantara kesusahan dalam menyiapkan tugasan ini ialah dalam mengenal pasti kehendak tugasan serta memahami isi kandungan teks  yang telah di capai dari buku-buku dan laman sesawang.Kesibukan bekerja serta berkeluarga juga adalah salah satu daripa masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Ini adalah kerana masa yang diberikan oleh pensyarah untuk menyiapkan tugasan ini agak singkat.

Tugasan ini telah memberikan satu pengalaman yang berharga dimana saya telah secara tidak langsung memahami tujuan dan kepentingan falsafah serta etika dalam bekerja serta memandang tinggi kepada dalam kerjaya saya ini. Diantara lain ialah kepentingan dasar pendidikan juga menyedarkan saya bahawa untuk sebuah Negara yang mempunyai matlamat kemajuan serta taraf hidup yang sihat serta maju tidak dapat tidak ianya haruslah bermula dari sistem pendidikan. Dengan bacaan yang banyak untuk menyiapkan tugasan ini saya dapati bahawa kerajaan Malaysia juga telah mengambil beberapa inisatif untuk meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia ini dengan mengubah dan mengadakan satu dasar pendidikan Negara yang di kenali sebagai KSSR. Dasar pendidikan baru ini bakal melahirkan satu masyarakat yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengatahuan tetapi mengaplikasikannya dalam kehidupan dengan baik.

 

Abbott, A, The System of Professions, An essay on the division of expert labour(Chicago
1988).

Abbott, A., ‘Status and Strain in the Professions’, The American Journal of Sociology86(4):
819-835 (1981).

Brennan, G. and Pettit, P., The Economy of Esteem(Oxford 2005).

Campbell, E., ‘Professional ethics in teaching: towards the development of a code of
practice’, Cambridge Journal of Education30(2): 203-221 (2000).

Hamberger, N.M., Moore, R. L., ‘From Personal to Professional values: Conversations...’,
Journal of Teacher Education48: (1997).

Hornberg, S., ‘Human Rights Education as anIntegral Part of General Education’,
International Review of Education 48(3/4): 187-198 Education and Human Rights(2002)

Reeder, W. G., ‘Ethics of the Teaching Profession’, Review of Educational Research1(2):
108-110 (1931).

Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
edisi ketujuh.

MIOR KHAIRUL AZRIN BIN MIOR JAMALUDDIN , Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional , journal usm 2011

Isu Etika Guru : Nota kuliah PISMP EDU. ,http://powerbrainyouth.blogspot.com/2010/08/isu-etika-guru-nota-kuliah. 5/1/2013 11:47 PM






No comments: