Monday, May 5, 2014

hari ke- 3 bersama dengan ubuntu 64 14.04 LTS ( long term support ) Trusty Tahr

                                        ubuntu 14.04 trusty tahr

                               
Hari ke 3 bersama ubuntu ini sangat baik. Download movie guna transmission sama dengan mac os juga laju bedesuk seperti bedil....LoL



kenapa bertukar dari window 8.1 kepada ubuntu 14.04 Lts ?
senang jer jawapan ini kerana semua benda free dan saja nak menyusahkan diri sendiri. bayangkan nak install dan extract , mount hdd dan sebagainya semuanya nak kena pakai command tapi kelebihannya pula perisian operasi sistem ini cantik dan sangat senang untuk di ubah mengikut cita rasa masing-masing. tapi benda free ni banyak ler sikit kekurangan dia.

sebagai contoh yang boleh di kongsikan pada hari ni ialah 

1- masalah minor yang timbul ialah secara tiba-tiba ada eror dan tak putus-putus send report. buat masa ni dah 2x guna command

sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade
tiada apa yang di download dan di baiki sebab system dah sangat terkini.

2- tp link wn727n wifi usb harga Rm 35.00 tak dapat nak di gunakan lagi.. oleh saya. orang lain boleh jer pakai kot.. cuma nak kena configure driver lagi dan perlu membaca dan seterusnya membaca dan seterus baca dan baca dan baca...

http://askubuntu.com/
ingat dalam dunia ni bukan kita sorang aje yang pakai linux ade ramai lagi yang pakai cuma berbeza distro sahaja. 

itu sahaja kelemahan ubuntu yang dapat diperhatikan dalam 3 hari ini.

buat masa ini masih tak rindu lagi kat window 8.1, cuma semasa menulis blog ini terasa macam tipula kalau tak rindu sebab nak setup tulisan jawi sahaja dah makan 2 jam untuk ubuntu ini dan yang paling bestnya masih tak dapat nk guna. jadi libreoffice writer saya hanya masih boleh menggunakan bahasa english dan bahasa arab sahaja buat masa ini untuk jawi masih dalam proses.

perisian tulisan jawi yang rasanya macam paling bagus dan senang  nak faham boleh di ambil dari

https://launchpad.net/jawi/+series

masih banyak lagi yang mahu dicuba dan insyallah akan di kongsikan bersama.




No comments: