Monday, May 5, 2014

Aktiviti Numerasi


A. Aktiviti Numerasi

Pengenalan numerasi dan konstruk.

Definisi Numerasi :
Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.


12 Konstruk Numerasi

Konstruk 1
Keupayaan pranombor dan mengenal angka

Konstruk 2
Keupayaan membilang

Konstruk 3
Keupayaan memahami nilai nombor

Konstruk 4
Keupayaan membuat seriasi

Konstruk 5
Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Konstruk 6
Keupayaan menyatakan waktu

Konstruk 7
Keupayaan mengendalikan operasi asas

Konstruk 8
Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan
mata wang Malaysia

Konstruk 9
Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan
isipadu

Konstruk 10
Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat
matematik dan sebaliknya

Konstruk 11
Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Konstruk 12
Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa
dan ukuran panjang



12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1
Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
  • Pra nombor melibatkan bentuk dan warna
  • Keupayaan menyebut dan menulis angka
  • Memadankan bentuk, warna dan angka

Konstruk 2
Keupayaan membilang
  • Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan
  • Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan objek keseluruhan
  • Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan

Konstruk 3
Keupayaan memahami nilai nombor
  • Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi
  • Menulis nombor mengikut urutan

Konstruk 4
Keupayaan membuat seriasi
  • Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut:
    • Banyak ke sedikit
    • Kecil ke besar
    • Pendek ke panjang
    • Rendah ke tinggi
    • Nipis ke tebal dan sebaliknya

Konstruk 5
Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
  • Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10

Konstruk 6
Keupayaan menyatakan waktu
  • Keupayaan menyatakan pagi, petang, malam berdasarkan situasi yang diberi
  • Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan
  1. Keupayaan menyatakan nama bulan dalam setahun mengikut urutan


Konstruk 7
Keupayaan mengendalikan operasi asas
  • Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi
  • Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula
  • Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek
  • Hasil tambah tidak melebihi 20
  • Hasil tolak tidak melebihi 50
  • Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2, 5, 10

Konstruk 8
Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
  • Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10
  • Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang

Konstruk 9
Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu
  • Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN STANDARD dan UNIT STANDARD
  • Membuat perbandingan panjang, jisim dan isi padu

Konstruk 10
Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
  • Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah dan tolak
  • Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka, simbol tambah (+), simbol tolak () dan simbol sama (=)
  • Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak dalam bahasa harian

Konstruk 11
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
  • Menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan objek maujud
  • Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan menggunakan sama ada operasi tambah atau tolak

Konstruk 12
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
  • Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang
  • Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa
  • Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran


B. Rancangan Pelajaran Harian (Program Linus - Numerasi)


Mata Pelajaran
:
Matamatik tahun 2 Marvel Heroes
Tema/ Tajuk
:
Nombor dan Operasi / Unit – 4 : Darab
Masa
:
8.30 – 9.30
(60 minit)
Standart Kandungan
:
4.2 melengkap ayat matematik
Standart Pembelajaran
:
Murid berupaya untuk:
membina sifir dua, lima dan 10 dan empat dengan berpandukan :
  1. bahan konkrit
  2. gambar
  3. garis nombor
Objektif Pembelajaran
:
Murid berupaya untuk
a. melengkap ayat metematik darab
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
:
Murid LINUS (Numerasi)
1. Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor
  • Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
  • Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
  • Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.
Elemen Merentas Kurikulum 
( Emk )
:
· Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua
nombor)
· Perbendaharaan kata merujuk situasi darab.
Bahan Bantu Belajar
:
Alat pembilang (blok asas, dekak-dekak), kad gambar,
Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.
Refleksi
:



C. Aktiviti : Mengira Jumlah Bola Dalam Kelompok.

Aktiviti ini memudahkan pelajar untuk mengira bola dalam bakul untuk operasi darab sebagai contoh 2 x 2 = 4. untuk memudahkan pelajar memahami konsep darab ini. Guru memberikan bola dan bakul serta menunjukkan dalam satu bakul ada 2 bola jadi kedua-dua bakul ini mengandungi 2 biji bola ini adalah sama dengan 2 bakul x 2 bola dan guru menanyakan kepada murid-murid berapakan bola yang ada sekarang. Murid-murid akan mengira bola yang ada didalam bakul dan mendapati jawapan kepada 2 x 2 adalah 4.

Bagi proses 2 x 2 = 4 adalah satu proses yang mudah bagi murid kerana ianya sama dengan operasi campur. Guru menukar nombor kepada 2 x 3 pula dan menunjukan kepada murid ada 2 bakul dan setiap bakul ada 3 biji bola dan untuk mengetahui bola jumlah bola tersebut murid-murid bersama dengan guru mengira semua jumlah bola yang ada dalam kedua-dua bakul tersebut.

Seterus guru mengubah soalan (3 x 3 = ? ) dalam operasi ini guru menyediakan bahan dan meminta setiap kumpulan murid datang kehadapan untuk menyelesaikan masalah operasi ini.
Guru sebagai pembimbing melihat bagaimana murid-murid berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini. Selepas selesai maka guru menerangkan bagaimanakah sebenarnya operasi ini berjalan. Kebanyak murid yang menggunakan bahan maujud ini akan terasa mudah dalam menguruskan operasi darab.

Aktiviti ini juga boleh menggunakan pelbagai bahan contohnya seperti gambar. Di dalam sekeping kad gambar mempunyai empat biji buah kelapa dan kad gambar pula ada tiga keping. Guru meminta pelajar secara beramai-ramai menggira gambar buah kepala tersebut.

Seterusnya guru memberikan soalan baru kepada murid 3 x 5 = ? dan guru melekatkan gambar di papan putih. Sekeping gambar mempunyai 5 buah kereta yang pelbagai dan jumlah gambar ada 3. guru menerangkan 3 adalah gambar manakala 5 pula mewakili kereta dan soalan ini perlu kepada jawapan kereta berapakah jumlah keseluruhan kereta yang terdapat dalam gambar ini. Murid secara beramai-ramai mengira dan memperolehi jawapan.


D. Kit

Kit yang di pilih ialah bakul dan bola ianya berkesan kerana memudahkan pelajar dalam menggunakan bahan maujud dalam operasi darab. Bakul adalah satu objek yang telah diketahu dapat menyimpan atau mengumpul barang didalamnya dan bola pula ialah satu objek permainan yang di gemari oleh murid-murid.
kedua-dua bahan ini tidak lagi asing kepada murid dan ianya telah di ubah menjadi satu alat bahan bantu pengajaran yang sangat menarik dan murid-murid dapat menggunakannya dengan berkesan bagi sesi pengajaran saya yang menggunakan konstruk 2 dan konstruk 7 untuk tajuk darab bagi unit 4 dalam tahun 2 pelajaran matematik.

E. Hasil Aktiviti

Hasil dari aktiviti ini sangat baik kerana ia berjaya memberikan kefahaman yang baik kepada murid-murid saya ketika proses pembelajaran dan aktiviti ini juga sangat menarik serta mudah untuk difahami dalam tajuk dan konstruk yang saya telah pilih dan semasa dalam proses pembelajaran juga tiada masalah yang berlaku. Penilaian diambil dari segi proses semasa arahan di dalam kelas dan juga dapat menyelesaikan masalah dalam lembaran kerja yang telah di edarkan.

Hasil yang telah di kutip dan di rekodkan dalam ruang rekod perkembangan murid di dalam buku rekod pengajaran di sekolah.




F. Refleksi

Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini saya telah mendapat pengalaman yang banyak dari segi pengetahuan dan pengajaran dalam hal berkaitan dengan linus dan numerasi ni adalah kerana saya tidak pernah membaca dan mengambil tahu tentang linus numerasi ini pada sebelum ini. Dengan adanya kerja kursus LNP2202W PENDEKATAN PENGAJARAN LITERASI DAN NUMERASI ini telah memaksa saya untuk membaca hal-hal berkaitan dengan linus serta hal-hal yang berkaitan dengan numerasi serta mata pelajaran matematik. Saya juga telah banyak bertanya kepada guru-guru di sekolah saya mengenai teknik , aktiviti dan juga kadang kala dapat berbincang mengenai proses pembelajaran dan pengajaran. Saya dapati ia adalah berbeza dengan pengalaman yang saya lalui dari sudut pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa arab dari segi penyampaian penggunaan langkah serta aktiviti yang di jalankan.

Masalah utama saya adalah dimana saya cuba mencari satu bentuk penjelasan yang baik tentang aktiviti-aktiviti yang di jalankan semasa proses pengajaran. Ini adalah kerana saya masih kurang pengetahuan serta pengalaman dalam mengendalikan mata pelajaran matematik ini. Saya telah menggunakan enjin pencarian di internet serta mendapati banyak laman sesawang menggukan teknik yang sama dan juga tidak di pelbagaikan. Oleh sebab itu saya perlu banyak membaca dan bertanya dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Kekuatan saya dalam mengatasi masalah yang ada adalah dimana saya dapat menggunakan kemahiran serta kefahaman kendiri untuk memahami serta menganalisis data yang telah diperolehi dari hasil carian di internet dan di antara kekuatan saya ialah teknik komunikasi yang baik sehingga dapat menarik perhatian guru-guru yang sedang sibuk menjalankan tugas masing-masing untuk meluangkan masa demi memeberikan tunjuk ajar serta maklumat yang saya perlukan untuk meningkatkan kefahaman serta dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya ini.


Rujukan :












http://portallinus.ppdkualakangsar.edu.my/?p=1051

No comments: